Wednesday, October 16, 2013

LINUS


Panduan Dan Pengoperasian
Program Literasi Dan Numerasi (LINUS)


Latar Belakang

Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Mohd Yassin telah membentangkan bidang keberhasialan utama ( National Key Result Areas (NKRA)) Kementerian Pelajan Malaysia pada bulan Ogos 2009.

            Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancangan lebih teliti dan sistematik.

            KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program LINUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali murid keperluan khas).

Mentakrifkan Asas Literasi Dan Numerasi

            Literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. (berdasarkan takrifan UNESCO).

            Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang. (berdasarkan penanda aras dari Amerika Syarikat dan Kanada).

Strategi Untuk Mencapai Sasaran Litersi Dan Numerasi

            Bagi mencapai sasaran ini, kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperoleh kemahiran asas literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagimeningkatkan tahap literasi dan numerasi murid dihuraikan seperti berikut:

Proses Saringan
Saringan dijalankan tiga kali setahun iaitu pada bulan mac, jun dan september bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan.
Murid tersebut akan mengikuti program LINUS atau program pendidikan khas.

Modul Pengajaran Dan Pembelajaran
Modul ini berasaskan beberapa konsep dan membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, pengabungjalinan dan pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai salinan kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.

Pengukuhan Amalan Pedagogi
Menyedari kekurangan guru pakar dalam pengajaran asas literasi dan numerasi, latihan guru secara insentif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan padagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Membina Komitmen Bagi Semua Pihak Berkepentingan
Program dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajar Daerah, Guru Besar, Ibubapa, persatuan guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan program LINUS.

Memantau Dan Menyelia
Pemantauan dan penyeliaan secara insentif akan membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemehan seterusnya melakukan proses penambahbaikan.

FasiLINUS Di Peringkat Daerah
Merupakan pegawai FasiLINUS yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru literasi dan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah di bawah seliaannya.


Objektif

1.    Menggariskan bidang tugas mengikut keutamaan dan berfokus kepada sasaran yang ditetapkan iaitu 100% murid tahap 1 menguasai asas literasi dan numerasi.
2.    Memastikan pelaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) dapat diselaraskan di seluruh negara berdasarkan strategi-strategi yang telah ditetapkan.
3.    Memberi kefahaman dan meningkatkan motivasi kendiri dalam pelaksaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS).
4.    Memastikan semua pihak akur kepada garis panduan yang telah ditetapkan.

ssumber : http://noriza-amat.blogspot.com/2011/11/tahukah-anda-apa-itu-linus.html


CONTOH LATIHAN LINUS







Penerapan Aplikasi Pendidikan Seni

penerapan menulis melalui aplikasi pendidikan seni.

Dalam tugasan ini, murid diminta untuk melukis dan mewarna gambar yang buah yang dilukisnya. Selepas itu, mereka diminta menulis kembali perkataan tersebut di bawah perkataan yang disediakan.

Monday, October 14, 2013

BONEKA


DEFINISI BONEKA

Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpasebarang sebarang dialog.
Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang menyerupai orang: atau patung orang.  Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan.  Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.
            Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksion.

JENIS JENIS BONEKA
Terdapat beberapa jenis boneka seperti berikut.
            Boneka Sarung Tangan / Jari.
Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dll.
      

Boneka Lidi                                     
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian  
lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota  tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.

       Boneka Wayang Kulit
Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halusdiletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lidi  digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya ialah wayang kulit. 
 


     Boneka Beg Kertas.
Boneka ini diperbuat daripada beg kertas.  Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas. Contoh: beruang dan rambutan.
boneka beg kertas yang telah dibina


Dalam penghasilan tugasan boneka yang telah diberikan, saya telah memilih untuk membina boneka beg kertas untuk menggunakan kembali bahan terbbuang yang sedia ada di persekitaran kita. Dengan menggunakan bahan terbuang ini, penghasilan boneka kanak-kanak dapat menjimatkan kos dan seterusnya dapat memelihara alam sekitar daripada tercemar.