Panduan Dan Pengoperasian
Program Literasi Dan Numerasi (LINUS)
Latar Belakang
Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Mohd
Yassin telah membentangkan bidang keberhasialan utama ( National Key Result
Areas (NKRA)) Kementerian Pelajan Malaysia pada bulan Ogos 2009.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi
masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai
program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu program
kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancangan lebih teliti dan sistematik.
KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum
persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun
2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program
LINUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali murid
keperluan khas).
Mentakrifkan Asas Literasi Dan Numerasi
Literasi
ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat
yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. (berdasarkan takrifan
UNESCO).
Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun
nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik seperti
menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam
operasi wang, masa dan ukuran panjang. (berdasarkan penanda aras dari Amerika
Syarikat dan Kanada).
Strategi Untuk Mencapai Sasaran Litersi Dan Numerasi
Bagi
mencapai sasaran ini, kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi
(LINUS) bagi memastikan murid memperoleh kemahiran asas literasi dan numerasi.
Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagimeningkatkan tahap literasi dan
numerasi murid dihuraikan seperti berikut:
Proses Saringan
Saringan dijalankan tiga kali setahun iaitu pada bulan mac,
jun dan september bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai
standard yang berkaitan.
Murid tersebut akan mengikuti program LINUS atau program
pendidikan khas.
Modul Pengajaran Dan Pembelajaran
Modul ini berasaskan beberapa konsep dan membolehkan murid
menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan
literasi dan numerasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur,
pengabungjalinan dan pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat
berhubung dengan senarai salinan kemahiran yang perlu diajar serta cadangan
aktiviti dan latihan.
Pengukuhan Amalan Pedagogi
Menyedari kekurangan guru pakar dalam pengajaran asas
literasi dan numerasi, latihan guru secara insentif dilaksanakan bagi
mengukuhkan ilmu pengetahuan dan padagogi serta mengenal pasti murid pelbagai
kebolehan dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Membina Komitmen Bagi Semua Pihak Berkepentingan
Program dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan di peringkat
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajar Daerah, Guru Besar, Ibubapa,
persatuan guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan
masing-masing dalam menjayakan program LINUS.
Memantau Dan Menyelia
Pemantauan dan penyeliaan secara insentif akan membantu pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah dan Sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemehan seterusnya
melakukan proses penambahbaikan.
FasiLINUS Di Peringkat Daerah
Merupakan pegawai FasiLINUS yang diberi tanggungjawab untuk
membantu guru literasi dan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran
Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu
sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan
untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut
berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah di bawah
seliaannya.
Objektif
1. Menggariskan bidang
tugas mengikut keutamaan dan berfokus kepada sasaran yang ditetapkan iaitu 100%
murid tahap 1 menguasai asas literasi dan numerasi.
2. Memastikan pelaksanaan
Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) dapat diselaraskan di seluruh negara
berdasarkan strategi-strategi yang telah ditetapkan.
3. Memberi kefahaman dan
meningkatkan motivasi kendiri dalam pelaksaan Program Literasi Dan Numerasi
(LINUS).
4. Memastikan semua pihak
akur kepada garis panduan yang telah ditetapkan.
ssumber
: http://noriza-amat.blogspot.com/2011/11/tahukah-anda-apa-itu-linus.html
CONTOH LATIHAN LINUS
No comments:
Post a Comment